Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai
takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah
jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam
batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam
unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya
mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu
barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh
120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.
Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori
kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung.
Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar
lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana
takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak
kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan
kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju
iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat
menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar
pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu
terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.
Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman
dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di
dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka
bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus
menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke
tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar
menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri
semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu
lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya.
Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah.
Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu
dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke
bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia
balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg
tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang
putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun
sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri
itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang
ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang
telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia
menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan
semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai
lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada
penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang
mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus
berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami
pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum
saya mati.
FIN
*credits to a 10 year old kid with extensive imaginations.
Friday, January 23, 2009
Karangan: Kemalangan Yang Paling Ngeri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment